Friday, January 07, 2011

jumpa lagi Brian!

3hb lepas Brian balik ke US. kontrak kerja dia di sini tak disambung lagi. dia balik bercadang nak sambung belajar samada di Oregon atau di Vanderbilt U. Kedua-duanya top university dalam bidang kanak-kanak.

saya yang bercadang nak hantar dia ke airport tak jadi sebab tetiba demam pula. sebelum dia terbang, the ever thoughtful Brian hantar sms: "...u all have changed me for the better.."

smsnya membuat saya berfikir betapa kehadirannya setahun dua ini di Malaysia, membuat kami menilai semula hidup kami.

berbeza dgn rata2 anak2 muda yg lain yang passionate tentang wang, Brian passionate tentang kanak-kanak. sanggup merantau meninggalkan negaranya, datang ke sini untuk bekerja di tempat yang "glamour" di KL...di Chow Kit, menjaga anak2 jalanan di situ.

suatu malam, saya dan hse mate menghantar dia pulang ke apt nya di Chow Kit selepas dia menziarahi kami, macam nak menitik air mata saya melihat kawasan aptnya itu. di lorong kecil belakang bangunan aptnya itu, berkeliaran tikus2 sebesar anak kucing.

saya kata kepadanya: Brian, kalau mak awak tengok tempat awak tinggal ni, menangis dia!

jawab dia: I'm ok Atenah, I'm a big boy, I can take care of myself.

dlm bilik tidurnya, sentiasa terbentang sejadah dan di birai katilnya sentiasa ada AlQuran di atasnya. ke mana dia pergi, berbelit tasbih di pergelangan tangannya. betullah kata setengah orang, Muslim yang mendapat hidayah sepertinya lebih kuat beribadah dari kita yang dilahirkan Muslim

cerita lucu dari Brian; Ramadhan pertama dia sambut di KL, setelah seharian berpuasa, berbuka puasa di masjid terlalu banyak makanan yg ada. dia yg kali pertama berpuasa tergoda makan terlebih dari patut. selepas itu katanya bila sembahyang Terawikh, naik turun, sujud berdiri, mula lah rasa makanan macam nak keluar semula. ketawa dia mengingatkan Ramadhan pertamanya. lepas2 itu barulah dia pandai bajet2 makan berbuka puasa

teman macam Brian ini ibarat a breath of fresh air, yang datang ke dalam hidup kita. kehadirannya memberikan perspektif baru untuk kita menilai2 apa yg sebenarnya penting dalam hidup ini.

moga kita jumpa lagi Brian!