Saturday, June 05, 2010

a place for them in this world

saya lama tak blog sebab susah nak cerita tentang apa yg saya usahakan di sini. nak cerita banyak2 nanti ada pulak yang terasa hati atau lagi teruk, saya kena saman. tapi sampai bila blog ni kosong ke. jadi saya akan cerita bertapis2.

a place for them in this world...them who? anak2 istimewa kami. yang teruk kekurang upayaannya (disability) tak diterima kerana katanya tak "educable" kata mereka. (Nota saya: tiada kanak2 yg uneducable, hanya guru yg tak mampu nak mendidik)

yang ringan kekurangupayaannya pun tak diterima. satu contoh adalah pelajar kami Z. dia ada autisma, tapi lebih kepada asperger (Nota: asperger ni ada yg kategorikan sebagai autisma ringan ataupun high-functioning autism). saya sedih sangat bila dia ditempatkan dalam kelas pendidikan khas. tak ada faedah dia duduk di situ. dia jauh lebih maju dari rakan2 sekelasnya. dia boleh baca, tulis dan mengira. cuma ciri anak2 asperger syndrome ini mereka sangat lemah dari segi kemahiran sosial. they are like square pegs, susah nak fit in. tapi bagi guru yang memahami tak susah untuk menangani anak2 ini. tambahan pula bila dia di kelas pend khas, lagi susah untuknya meningkatkan kemahiran sosialnya.

cerita selingan: Z ni memanglah sangat comel, 8 thn umurnya. mulutnya pet pot2 tak berenti (its a part of his disability, unable to communicate appropriately with his social environment) yg paling comel, bila bas besar kami meneran2 panjat bukit ke kolam renang. dgn penuh perasaan Z akan berkata: come on bus, come on bus, you can do it. konon2nya bagi perangsang kpd bas untuk panjat bukit. muka pak cik driver bas, boriiiiing je. he he.

maka saya pun sangat bersyukur bila saya dapat satu dana penyelidikan untuk kaji program inklusif untuk anak2 autisma. dengan dana ini saya dapat bayar gaji "shadow aide" (guru pembayang: satu terma baru di negara ini) untuk ikuti Z ke kelas aliran perdana (mainstream class) dan bantu dia menyesuaikan diri di sana.

ibu nya bertanya pada guru sekolah kerajaan apa boleh Z masuk kelas aliran perdana di sekolah tu. tapi jawapannya kurang memberansangkan "susah la puan, dalam kelas kami dah ramai pelajarla, susah nak jaga pelajar macam Z ni. (wal hal dia belum pun lagi bertemu dgn Z apatah lagi menaksir kemampuan Z). kalau buat inklusif pun puan, nanti patah balik ke pend khas juga" kalau dah senegatif ini responsnya takkan lah ibu Z nak hantar juga Z ke sekolah itu.

sebagai alternatifnya, ibunya memilih sebuah sekolah swasta. dah berjumpa dgn pengetua, katanya "oh kami mmg dah biasa dgn pelajar istimewa, tak ada masalah" bila saya pula bertemu dgn nya semuanya positif saja. dia mengalu-alukan kami menjalankan penyelidikan di sekolahnya. semasa keluar dari pejabatnya, saya berkata kepada ibu Z "kalaulah semua pengetua, semua guru di Malaysia positif macam ni, cerah masa depan anak-anak kita"

5 bulan Z ke sekolah itu, setiap hari di bantu oleh guru pembayangnya. mula2 guru pastikan dia boleh ikuti aktiviti seharian, tahu ke kantin untuk makan, tahu ke mana untuk ambil wudhu, solat dsb, tahu menjawab bila ditegur kawan2, tahu menyiapkan tugasan akademik. alhamdulillah, Z mampu buat semua, cuma kadang2 perlu diingatkan guru2 dan teman2. tapi kan mana ada pelajar yang perfect/sempurna. kami semua mengalir air mata menonton video di handphone guru pembayangnya; video Z ambil giliran melaungkan azan di sekolahnya. (i wish i can put up the clip here but his parents may not agree with this idea)

selepas 5 bulan, dengan data yg dikumpul, kump kami buat keputusan untuk memasuki fasa kedua, fading phase, di mana shadow aide akan hanya ke sekolah 3 hari seminggu dan bukan lagi 5 hari seminggu. kemudian 2 hari seminggu, kemudian 1 hari seminggu dan akhirnya, Z tak memerlukan lagi shadow aide. lagi pula dana penyelidikan kami terhad, kami dah tak mampu nak baya rgaji shadow aide Z. (kalaulah kerajaan sediakan shadow aide percuma utk anak2 spt Z, macam di Brunei!)

bila saya tulis surat kepada pentadbir sekolah ttg fasa kedua ni, jawapan yg saya terima "no shadow aide means Z needs to be withdrawn from this school" walhal Z is doing so well. he is fitting in, he is making friends. in his own words he loves his school. dalam peperiksaan yg terkini pun, he was not the last student in his class. apa lagi kurangnya dia.

pergilah kami, saya sbg penyelidik dan ibu bapa Z bertemu dgn pengetua kedua sekolah ini. hasilnya kurang memberangsangkan. menitis air mata ibu Z. saya pun rasa marah juga but I cant afford to burn bridges, esp for the sake of Z.

but you know what, no matter what, we will not give up on providing the best education for Z. dah berbincang dgn ibu bapa Z. adalah plan a, b sampai c untuk dia. at the moment, saya rasa optimistik!

ini baru pasal Z, with his mild autism, belum lagi cerita ttg pelajar kami with more challenging autism.

susah sangat bagi masyarakat kita untuk menerima mereka!

5 Comments:

Anonymous mama irma said...

Tenah,
I baca keluhan kecil you pun dah rasa sesak nafas!!!! Have you presented your case to Datuk Seri Shahrizat Jalil?

6:05 PM  
Blogger atenah said...

MI: tulah, if we put ourselves in the mother's shoes, lagi kesian. Like its his future we're talking about. But we cant give up la kan. This is why I changed the "tone" of my blog, as it can be used to bring awareness to our society. Re ppl in high places, actually we have something big planned for this month. We're still working on the nuts and bolts, I will blog abt this later. Thanks for yr support!

6:48 PM  
Blogger AzaleaAyu said...

Kak tenah,

patut cerita2 begini dibukukan untuk awareness...cerita2 begini boleh dipolish lagi...dan terbit buku (ala2 cerita chicken soup tu)...sebabnya tak ramai yg tahu...contohnya sayala...kalau dibukukan lebih ramai yang tahu dan cara nak menanganinya...saya pernah terdengar cerita begini di kalangan orang kampung saya..tapi malangnya saya pun takder ilmu nak menolong anak2 ini dan parent mereka...

10:19 PM  
Blogger Alinlai said...

alahai sedihnya... ada kawan kat sini anak dia pun lebih kurang kes inilah... dia dah risau nak balik M'sia nnt... kesian budak tu, kat sini ada special school, siap van mai ambik dan hantar balik tiap hari... hmmmm

2:56 PM  
Blogger atenah said...

azalea: kak dah cuba minta parents tulis citer mereka supaya boleh dibukukan tapi kurang berjaya. ada yg kata terlalu sedih untuk ditulis

alin: ada parents yg sanggup migrate ke luar negara untuk dapatkan pend khas utk anak2 istimewa mereka

11:11 PM  

Post a Comment

<< Home