Thursday, October 21, 2010

kata Abraham Lincoln.....

..........It is better to remain silent and be thought a fool than to open one's mouth and remove all doubt.

well, let's see huh?

Talian Hayat, NTV7
Friday, 22nd Oct 2010
7.30pm

be there n I'll be square :P

Thursday, October 14, 2010

Rak Khuk Kao Eek Laew

after sabye sabye, i never thought i would like another thai song. but this is smooth....

Tuesday, October 12, 2010

heads up on dyslexia

mengumumkan:

syarahan umum mengenai DYSLEXIA

oleh Prof Linda Siegel, university of british columbia, canada

tempat: Auditorium Pusat Pengurusan Siswazah, UKM, Bangi

tarikh: 14hb Okt 2010

waktu: 9.30pg

nota: sangat berbaloi menghadiri syarahan umum ini. prof siegel pakar mengenai reading difficulties. antara kajiannya adalah sebuah longitudinal study keatas 1000 orang kanak2 di vancouver utara, dari usia 5 tahun hingga 13 tahun. selepas 8 tahun menjalani program bacaan, kadar prevalens dyslexia dalam kohort ini hanyalah 1.5%. jauh kurang dari prevalens biasa iaitu 6-10%. best kan!

saya teringin buat kajian mengenai dyslexia tapi yang autism ni pun tak daya nak pulun. fokus! fokus!

Monday, October 11, 2010

tumpang bangga!!

berita tentang sekolah lama saya, no 5 bagi seluruh Grad Schools of Education!! dan no 1 bagi public Grad School of Education!!

memang saya terhutang budi dengan Universiti of Oregon, banyak sangat yang saya belajar di sana. sokongan yang mantap dari sekolah ini membantu saya menamatkan pengajian. macam-macam bantuan yang saya dapat. nasib baik dapat jadi teaching assistant di sana, dapat free tuition dan gaji lagi.

GO DUCKS!!

p/s lain2 pencapaian, sila baca di bawah ranking

U.S. Top Ten Public* and Private Graduate Schools of Education
1. Vanderbilt University (Peabody) (TN)
2. Teachers College, Columbia University (NY)
3. Harvard University (MA)
3. Stanford University (CA)
5. University of Oregon*
6. Johns Hopkins University (MD)
6. University of California–Los Angeles*
8. Northwestern University (IL)
9. University of Wisconsin–Madison*
10. University of California–Berkeley*
10. University of Texas–Austin*
10. University of Washington*

A Summary of Current Rankings:
Compared with other graduate schools of education in the nation, the UO College of Education is rated
• #1 overall for faculty productivity in funded research per faculty member in the top 50 schools surveyed
• #1 public graduate school of education nationally
• #3 in the nation for its special education program for 11 years in a row
• #5 nationally among all graduate education programs
• The only top-tier ranked college of education in Oregon and the best in the Northwest

Thursday, October 07, 2010

2 weddings and an engagement

this sums up my coming weekend.

wedding no 1: my dear x research asst who is now lecturing is getting married on saturday. saya pun ada saham sebab dia berusaha mencari jodoh melalui internet di ofis saya.


"tak balik lagi ke?" saya tanya tiap2 hari sebelum balik
"kejap lagi lah doktor" dgn senyum simpul
"hm berusaha keras nampak" sambil tahan ketawa
"mesti ah dr. kita dah ada masters, kena la berusaha, kalau tak bila nak kawin"
almaklum la internet free kat ofis. (ini la sebab saya berharap masih lagi boleh anonimes, kang kena sound dgn pihak pentadbiran kerana bersubahat menggunakan harta awam utk kerja2 yg tak berkenaan dgn penyelidikan)

maka bila dia cakap dia nak kawin, saya kata kena bayar saya sebab usaha cari jodoh berjalan dalam ofis saya.

wedding no 2 adalah perkahwinan kedua buat teman sekuliah saya dulu. juga akan menjadi acara jejak kasih bagi kami yg dah...nnt sy kira...18 tahun tak jumpa, yikes i am ancient!

and the engagement: anak sedara saya. maka sebagai seorang ibu saudara yg prihatin, saya ada senarai khas tugasan

pick up cup cakes
pick up coklat
beli roses

i need to repeat my cousin: "la ni bertunang bagai nak rak. kita bertunang dulu, kutip buah jambu belakang rumah bubuh ataih talam, dah satu hantaran. nak hias, petik bunga kertas ja"

oh how i miss those simple days...skrg ni nak bertunang kena ada tema, warna tema dsb. (btw my nephew's theme is english, with cream baskets decorated with red roses)

whinings aside, i am doing this for my only sister, asalkan dia happy. bukan selalu anak dia bertunang kan

walau pun jauh di sudut hati, saya teringin nak bertapa dalam ofis wiken ni, menulis, menulis dan menulis! ooh saya sudah menjadi seorang anti sosial

Wednesday, October 06, 2010

sinar & harapan

rindu sangat nak menulis di sini. tapi saya keberatan kerana topik2 di kepala semua berat2 belaka. kalau blog merapu2 macam masa saya belajar dulu, senanglah.

saya bertuah, dijemput menjalankan penyelidikan di rumah2 kebajikan. saya sendiri mengaku dgn pelajar2 saya. saya ni banyak ilmu teori, terutamnya teori2 amerika, ilmu praktikal malaysia, saya kurang. maka tugas mengumpul data di rumah2 kebajikan membuka peluang untuk saya turun ke padang untuk lebih memahami isu2 kanak-kanak terbiar, kanak-kanak bermasalah atau dalam bahasa omputihnya "at-risk children"

oh ya Allah, memang saya tak boleh jadi professional. bila tengok saja budak ni, rasa geram, nak peluk, nak pegang. terutama sekali bila melihat yang berumur 6 tahun ke bawah. budak2 ni pulak macam pohon kehausan air, bila kita sentuh, pegang, peluk, kita boleh rasa.....macam mana mereka sangat2 dahagakan kasih sayang. lagi kuat kita dipeluk, lagi rapat badan mereka menyondol.

habis tak ada apa2 yg saya catat. biar pembantu penyelidik saja yg mencatat.

yang saya lega melihat, kanak2 di rumah kebajikan itu bersih dan kemas. cuma kurang aktiviti, boleh jadi penjaga tidak terlatih dalam strategi2 untuk merangsang minda kanak2. tak boleh salahkan mereka. saya perlu tanya diri saya sendiri apa yang saya buat untuk melatih pengasuh2 ini. (the ball is always in our court: my favorite mantra)

bila waktu untuk pulang, ada seorang kanak-kanak, sulaiman namanya, menginjat2 kaki, mendepangkan tangan ke atas, minta didukung, dibawa pulang. menulis ni pun nak menitis air mata saya. bayangkan kecik2 macam tu, tak pernah dibelai kasih sayang mak dan bapak.

saya, walaupun membesar tanpa bapa, tapi kasih sayang mak abang kakak, mak bapak sedara, opah tokwan...tak rasa sedikit kurang pun. tapi kanak2 di sini, siang malam pagi petang cuma ada rumah kebajikan ini dan kaki tangan pengasuh.

memang rasa nak ambik bawa pulang. tapi itulah saya pun sedar diri, sedar kemampuan saya. bawa pulang mmg senang tapi lepas tu mampu ke, terutama dari segi masa.

saya simpan niat di hati nak pergi melawat lagi. saya nak tengok adakah saya akan laksanakan. melihat kalendar saya yg penuh...hm. teringat dr bubbles yang tak banyak ngomel, he just does it. dan teringat munirah hayati yang bakal bertemu si buah hati.

muni, ambil anak angkat, setiap suapan nasi yang diberi adalah sadaqah. indahnya bersadaqah setiap hari...