Friday, April 30, 2010

magiknya teman-teman

saya berbincang dengan pelajar seliaan saya tentang tajuk tesisnya.

saya:awak minat nak kaji apa? (kerut2 dahi dia berfikir).
elok buat sesuatu yang awak betul2 passionate about. sebab 3 atau 4 tahun awak akan belek topik ni je.

pelajar: saya fikir dr, reading is important. anak saya dulu setahun di darjah satu, tak boleh2 juga baca. (anaknya ada autisma) bila dia darjah dua, saya betul2 ambil masa dan latih dia habis2an, boleh pula dia baca.

saya: pelajar khas ramai dalam kelas. cikgu2 kita pun kurang terlatih. elok sangatlah awak kaji strategi2 efektif untuk ajar kanak-kanak autis utuk membaca. tapi tak payah lah awak reinvent the wheel. kat US dah banyak modul membaca untuk pelajar-pelajar khas yang diterbitkan secara komersial. awak kaji macam mana nak adaptasi untuk kegunaan di Malaysia.

pelajar: kita nak beli ke dr?

saya: jom kita cek kat internet. (tentulah harganya boleh tahan. itu belum campur kos shipping dari US ke sini)

pelajar: cam na dr?

saya: kejap, bagi saya sebulan dua. nanti saya tengok kalau ada dana mana2. (macam confident je saya cakap)

tup2 tak payah tunggu 2 bulan, 2 minggu saja rezeki datang bergolek. Taraaaa! sila lah jamu mata. (saya faham kalau anda semua tak teruja dengan benda2 di bawah ni. tapi saya haaaaaaaappy sangat)


Monday, April 26, 2010

wiping the slate clean

keputusan ini dibuat kerana saya rasa ada perkara-perkara yang lebih berfaedah yang saya boleh kongsi di sini, yang lebih baik dari writing whinings saya.

setelah hampir 3 tahun berpussy footing, elok saja saya buat keputusan ini.

saya akan cuba berblog dalam bahasa melayu walau pun che nah kata plastik sebab lebih baik jika lebih ramai dapat berkongsi apa yg saya nak cerita.

setelah merujuk kepada wisemen aka muni dan wantananmera, mereka nasihatkan saya agar cerita2 lama saya disimpan saja di lipatan sejarah (wow! bahasa saya) kerana .....(sila isi tempat kosong)

kata si gadis manis yg tolong memadam "Dr, elok buat buku ni" ha ha rina, mmg saya naaaak sangat buku tapi bukan buku merapuing.

saya dah bersedia nak berkongsi bab baru dalam hidup saya, would you join me? i've enjoyed yr company so much. friends acquired through blogging are the best thing that came out of this activity.