berkah jadi cikgu
setiap kali saya berjalan jauh, saya akan bawa telekung paracut (dibuat dari kain nipis yang tak memberatkan beg) dan sejadah kain cotton (juga tak memberatkan beg). kedua-duanya hadiah dari anak murid saya. telekung dari pelajar indonesia saya dan sejadah dari pelajar malaysia berugama hindu. ya, pelajar hindu saya menghadiahkan sejadah yg dibelinya dari surabaya.
memang selalu mendapat hadiah dari pelajar2 saya. sering saya sambut dengan gurauan:
"ini belum confirm dapat A tau!" atau "aaa...bagi rasuah ni!"
ada yang bagi beg, kain, teh misai kucing, kuih raya tak payah sebut lah dan yg best sekali krim mengempis perut ha ha!
saya baru pulang dari bandung, menghadiri konferens. kali ini berbeza dari trips saya ke bandung sebelum ini. kali ini tak perlu pakai supir sebab 2 hari dibawa berjalan2 keliling bandung oleh pelajar sendiri yg asalnya dari indonesia. turut dlm kumpulan kami adalah 2 org lagi pelajar post grad saya dan seorang teman kerja. sambil duduk dalam keter atas jalan yang tak habis2 macet (jem) kami gelak tak kering gusi.
makan angin ke bandung ini lebih istimewa kerana berjalan2 dengan org tempatan terasa lebih memahami bandung. dan yg amat memuaskan hati saya, akhirnya saya sampai juga ke pasar buku palasari. seronok sangat memborong buku di sana pada harga yg jauh lebih murah dari di malaysia.
dan bagi saya berkah jadi cikgu ini bukan hanya pada hadiah2 dari anak2 murid. tapi perkenalan dan persahabatan mereka sebenarnya. mereka golongan yang cerdik, mempunyai potensi untuk memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat, dan saya anggap mereka sebagai "my future collaborators/colleagues"
sehingga ini saya masih memegang kuat kepada nasihat mentor saya, Prof Syed Hamid AlJunaid, yang menyatakan pentingnya melihat kepada potensi pelajar dan bukannya kekurangan mereka sebagai pelajar sekarang. saya rasa ini yang paling menyeronokkan menjadi cikgu, melihat pelajar2 berkembang, menyumbang sedikit sebanyak kepada perkembangan mereka dan tak sabar saya mahu berkoloborasi dengan mereka dalam projek2 yang exciting di masa depan.

3 Comments:
setuju! :-)
the rambler: u must be a che gu too huh?
atenah: ek eleh, si delinn ke? ingat kan sapa tadi. baru realize after ke blog the rambler. apsal tak add me kat FB? kan kita terserempak kat fb si puteri, the modern mama, ahaks!
Post a Comment
<< Home